Assalammualaikum w.b.t
Isteri kuat berleter ? Sudah pasti semua ini berlaku di dalam rumah tangga. Leteran isterilah adakalanya membuatkan suami tertekan, adakala dengan leteran juga membuat suami menjadi dan naik berang sehingga berlakunya pertengkaran antara suami isteri. Apabila berlakunya pertengkaran naik pula kaki tangan pada badan isteri. MasyaAllah, buat sang suami bersabarlah dengan leteran isteri anda.Anggap sahaja leteran isteri anda sebagai satu hiburan buat anda.
Cuba anda fikirkan berapa lama sangatlah leteran isteri anda? Paling lama pun 10 minit, kemudian dia pergi ke dapur buka peti ais minum air sejuk, sebab apa? sebab dahaga. Para suami sekalian apalah sangat leteran isteri 10 minit jika hendak dibandingkan dengan masa mereka mengandungkan anak untuk kita, jaga makan minum kita, jaga anak-anak kita, uruskan rumah tangga sepanjang ketiadaan kita dalam keluar mencari rezki atau kerja.
Kita keluar kerja jam 8.00 pagi balik keje 6.00 petang,jika dibandingkan isteri kita pula di rumah bangun waktu pagi dia siapkan sarapan kita dan anak-anak, gosok baju, basuh baju. Tengahari pula memasak, petang pula angkat kain jemuran dan malamnya hidangkan makan minum,basuh pinggan mangkuk dan lipat kain. Sebelum tidur apabila suami ajak bersama, isteri turutkan barulah dia tidur. Begitulah jadual harianya. Begitu padat kerjanya berbanding dengan kita sebagai seorang suami.
Makanya apabila isteri berleter kenalah sabar, dia berleter sebenarnya dia hendak mengadu dan melepaskan pada kita, makanya kita sebagai suami kenalah memahami isteri kita, kalau bukan kita siapa lagi yang dia nak mengadu? Sudah pastilah pada kita mereka akan mengadu. Kalau dia mengadu pada orang lain, tentu kita cemburu bukan? Maka bersabarlah dengan leterannya, tidak lama pun,
Bayangkan apabila isteri kita tiada disisi, sudah pasti kita akan rindukan dia dan kita akan rindukan leterannya, kerana dengan leteranyalah memecahkan kesunyian di rumah kita dan ia melambangkan keharmonian rumah kita, apabila isteri berleter suami bersabar dan memahami antara satu sama lain, sudah tentu akan harmoni. Akan tetapi perlu diingatkan kepada isteri-isteri, pastikan leteran anda itu tidak mendatangkan kemudaratan iaitu Nusyuz atau derhaka kepada suami anda.
Sekadar pandangan saya sahaja, sekiranya anda ingin berkongsi pandangan,pendapat atau memberi teguran, saya terima dengan berlapang dada.
Wasalam
Aku Budak Kampung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan