Rabu, 3 September 2014

Masalah Kita Perlu Orang Tahu?

Assalammualaikum w.b.t

Sejak kebelakangan ini di laman maya terlalu banyak insan meluahkan perasaan mengenai masalah rumah tangga. Contohnya di facebook dan di tweeter. Di dalam luahan tersebut kita menyatakan sesuatu perkara yang tidak sepatutnya kita perkatakan.

Adakah satu dunia perlu tahu kita ini ada masalah rumah tangga. Sudahlah kita memberi tahu masalah rumah tangga malah kita turut menceritakan kelemahann dan aib si suami mahupun isteri.  Paling dasyat luar dalam pasangan anda, yang anda ceritakan di laman sosial.

Sebelum berkahwin, macam-macam post yang anda naikkan di FB “ sayang awak sampai syurga” “ Awaklah wanita hebat yang pernah wujud dalam hidup saya “ dan macam-macam lagi ayat-ayat manis yang di nyatakan, bila sudah berkahwin dan timbul pula masalah anda post kan masalah itu untuk pengetahuan umum?

Mungkin anda merasakan melepaskan masalah atau menceritakan masalah didalam laman maya ini boleh memuaskan hati dan mengurangkan beban? Kerana anda mengangap akan ada yang akan menolong anda dan memberi pandangan yang harmoni pada anda? Sebenarnya tidak malah ia turut mengundang pelbagai masalah dan tekanan.

Hal ini adalah kerana apabila kita post atau menaikan status mengenai masalah rumah tangga di facebook misalnya, niat kita ingin mengadu masalah dan sudah pasti ada terselitnya niat anda untuk memalukan pasangan masing-masing. Tetapi sedarkah kita bahawasanya kita bukan memalukan mereka sahaja tapi kita turut memalukan diri kita juga.

Mengapa? Kerana mungkin rakan-rakan fb adalah musuh anda dan mereka akan mentertawakan kita kerana permasalahan kita, bukan itu sahaja akan ada juga yang akan mengkritik kita dan hanya segelintir sahaja yang menyokong anda dan apa yang pasti yang menyokong anda adalah insan yang tidak tahu kisah yang sebenarnya.  Bukan itu sahaja akan muncul pula orang ketiga dan ini boleh mengundang lagi salah faham dan fitnah malah orang ketiga ini juga mampu menghancurkan segalanya.

Saudara/i  sekalian sekiranya anda ada masalah rumah tangga seelok-eloknya tidak perlulah kita post di FB dan sebagainya, kerana dengan perbuatan sedemikian secara tidak langsungnya kita telah membuka aib diri sendiri dan membuatkan orang memandang rendah pada kita. Ini boleh di ibaratkan seperti kita membuka baju dan seluar di hadapan umum begitulah perumpamaan yang sesuai apabila kita menceritakan masalah rumah tangga di alam maya.

Bukankah molek sekiranya masalah itu kita kongsikan dengan orang yang hampir dengan kita. Siapa? Ibu dan ayah kita , Ibu dan ayah mertua kita , adik beradik kita atau orang yang kita benar-benar kita percaya. Kita minta pandangan dan nasihat  daripada mereka.

Bukan itu sahaja, bahkan kita juga boleh merujuk pada ustaz atau ustazah untuk menyelesaikan masalah itu bukankah ini cara yang terbaik dan orang ramai tidak perlu tahu bukan?
Sebaik-baik suami atau isteri adalah mereka yang menjaga aib dan maruah pasangan mereka, walaupun bergaduh dan tidak kesefahaman janganlah sampai kita membuka aib mereka sehingga menjatuhkan maruah mereka.

Apa yang saya perkatakan ini bukanlah niat saya untuk tunjuk baik dan sebagainya kan tetapi saya sekadar ingin memberi pendapat dan pandangan saya, kerana saya Cuma mahu lihat setiap insan di malaysia ini dan di dunia ini mendapat kebahagian rumah tangga yang baik dan harmoni dan setiap masalah ada jalan penyelesaiannya dan kalau boleh janganlah anda semua post sesuatu yang tidak enak mengenai pasangan hidup anda.

Saya mendoakan keluarga dan rumah tangga kita berada dalam keadaan yang baik dan di berkati serta di rahmati oleh Allah s.w.t

Wasalam


Aku Budak Kampung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan