Sabtu, 6 September 2014

Sombong Itu Musuh Kita!




Assalammualaikum w.b.t

Sombong? Mengapa kita perlu sombong dengan orang sekeliling kita? Tidakkah kita tahu bahawa sifat sombong itu adalah sifat yang terdapat pada syaitan dan iblis? Bahkan orang yang sombong adalah sahabat kepada Syaitan dan Iblis. Adakah yang itu kita mahukan. Apabila dikata sedemikian ayat kita marah , kita geram akan tetapi sedarkah diri kita dengan kesombongan diri kita?

Orang yang sombong ini adalah serupa dengan Qarun dan Firaun, mereka berdua terlalu sombong dengan pengurniaan yang mereka terima daripada Allah s.w.t sehingga mereka sanggup berpaling daripada Allah s.w.t dan mendustakan Allah. Malah Firaun sangup mengaku dirinya sebagai tuhan akibat kesombongannya. Syaitan pun tidak berani mengaku dirinya tuhan.

Disini saya ingin berkongsi iaitu Bukhari meriwayatkan dalam Shahih-nya dari Abdullah bin Umar yang menyampaikan kepadanya bahwa Nabi bersabda, “Manakala seorang laki-laki menyeret kain sarungnya dengan kesombongan, dia dibenamkan. Maka dia tenggelam di dalam bumi sampai hari Kiamat.” Dari Abu Hurairah berkata bahwa Nabi bersabda atau Abul Qasim berkata, “Ketika seorang laki-laki berjalan dengan pakaiannya, dia mengagumi dirinya. Rambutnya tersisir rapi. Tiba-tiba Allah membenamkannya, maka dia terbenam sampai hari Kiamat.” Dalam salah satu riwayat Muslim, “Sesungguhnya seorang laki-laki dari kalangan umat sebelum kalian berjalan dengan kesombongan dalam pakaiannya…”

kadang-kadang manusia lupa pada hakikat dirinya. Dia lupa bahwa dia diciptakan dari tanah, bahwa asal usulnya adalah dari air yang hina, dan bahwa dia keluar dari kelamin dua kali. Kali pertama ketika dia keluar dari tulang rusuk bapaknya dan kali kedua ketika ia keluar dari rahim ibunya. Dia lupa bahwa walaupun penampilannya menarik, pakaiannya bagus, dia tetap membawa kotoran di dalam perutnya. Dia lupa walaupun dia berbadan tinggi, dia tetap tidak bisa menembus bumi dan menggapai tingginya gunung. Ketika duri menusuknya,ia tetap berdarah.Lalat tetap mengganggunya, dan ular membuatnya takut. Muaranya adalah kematian.

Jika kita dibuka setelah beberapa hari sejak dimakamkan, nesscaya keadaan kita sangat menakutkan keluarga dan orang-orang dekat kita. Sebahagian orang lupa akan semua itu. Mereka membanggakan diri. Ujub menguasai mereka kerana bentuk tubuh, warna kulit, tinggi badan, dan pakaian yang bagus. Mereka berjalan di muka bumi dengan takbur, memalingkan pipinya dari manusia, menyeret pakaiannya di belakangnya, memandang manusia dengan pandangan penghinaan dan cibiran. Dia meerasakan dirinya orang terbaik, padahal sebenarnya dialah yang terburuk. 

Ini adalah seorang lelaki dari kelompok seperti di atas, dari kalangan umat sebelum kita. Dia membanggakan dirinya. Dia keluar berjalan dengan penuh kesombongan. Dia berlenggak-lenggok dalam berjalan dan menyeret sarungnya di belakangnya. Akibatnya, Tuhannya murka kepadanya. Maka Dia membenamkannya ke dalam tanah seperti Qarun sebelumnya. Dia terbenam di dalamnya sampai hari Kiamat. Keagungan dan kebesaran adalah milik Allah yang Maha Esa, tidak tertandingi, menjadi tempat bergantung para makhluk, serta menguasai seluruh sifat kesempurnaan dan kemuliaan. Dan barangsiapa menyombongkan diri dan takabur, maka dia telah menantang Allah dalam satu dari sifat-sifat-Nya. Oleh kerana itu, dia berhak memperoleh azab di Akhirat 


Cuba kita fikirkan balik setelah baca apa yang telah saya terangkan tadi, buat apa kita nak sombong dengan orang sekeliling kita? Sebenarnya merugikan kita apabila kita sombong. Mengapa? Kerana apabila kita sombong dengan jiran-jiran kita, apabila kita di timpa kesulitan, disebabkan amarah mereka pada kita maka mereka tidak akan membantu kita, sebab sebelum ini masa kita senang kita sombong apabila kita susah barulah kita terhegeh-hegeh nak minta tolong. Tidakkah ia merupakan sesuatu yang merugikan.

Apabila kita bertemu dengan jiran-jiran kita, orang awam kita tegurlah dengan ucapan assalammualaikum, hai, hello , selamat sejahtera dan sebagainya mengikut kesesuaian ayat dan situasi serta menggunaka bahasa-bahasa yang baik. Kalau malu sangat, kita senyum pun sudah memadai. Tidak perlu terlalu sombong. Apabila kita lakukan sedemikian tidakkah kita akan ramai kawan dan tidakah orang akan selesa dengan kita dan dengan tidak adanya kesombongan dalam diri kita maka diri kita selamat daripada makian dan hinaan orang. Aman hidup kita bukan.

Lagipun kalau kita nak sombong dengan apa yang kita ada hendak buat apa, secara realitinya semua itu bukan milik kita, tetapi ia adalah milik Allah s.w.t. Cuba kita lihat lirik lagu ini.


Semua yang kita ada di dunia ini adalah milik Allah s.w.t, dan kesemua yang kita ada akan kembali kepada Allah, maka dengan itu tidak perlulah kita sombong, kerana kesombongan ini boleh memudaratkan diri kita. 
Kerana sombonglah kita di benci oleh orang sekeliling, kerana sombonglah kita di benci, kerana sombong kita tidak pernah kenal jiran sebelah rumah kita, kerana sombong kita tidak ramai kawan, kerana sombong hidup kita tidak tenteram walaupun duit kita berjuta ringgit dalam akaun. Kerana sombong azab pedih menanti kita di akhirat kelak.



Jika kita rasa bila kita mati, jenazah kita boleh mandi sendiri, kafan sendiri, solat sendiri, kebumi sendiri silakan sombong, tidak ada masalah kerana anda mampu melakukannya bukan? Tapi sebenarnya kesemua ini anda tidak mampu melakukannya kesemua ini anda perlu minta pertolongan orang sekeliling anda.

Akhir kata, sehebat mana kita, setinggi mana ilmu dan pangkat kita, sekaya mana kita, sekuat mana kita,secantik mana kita, sekacak mana kita, semuanya adalah milik Allah dan semuanya akan kembali pada nya maka janganlah sombong sesungguh sombong itu asdalah penyakit yang serius. Oleh itu jadikan SOMBONG ITU MUSUH KITA! Jauhi dan cegahinya agar ia tidak wujud dalam diri kita.

" Sepandai mana pun kita, sekaya mana pun kita, taraf kita semua tetap sama. Hanyalah hamba-Nya. Pekerja kepada Dia. Bukan kita yang menilai diri kita. Tapi, Dia yang Maha Adil akan menilai diri kita".

Wasalam

Aku Budak Kampung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan