Rabu, 3 September 2014

Oh Minggu Destini Siswa! Oh UiTM


                                                                       Gambar Hiasan 

Assalammualaikum w.b.t

Sekarang ini di Universiti Teknologi Mara ( UiTM ) sedang berlangsungnya Minggu Destini Siswa atau lebih dikenali dengan nama singkatannya MDS. MDS ini di wujudkan atau diakan adalah untuk bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar baru dalam berurusan dari segi pendaftaran pelajar dan akademik,

Bukan itu sahaja bahkan dalam MDS ini juga setiap pelajar baru akan di beri perincian mengenai Universiti dan pelbagai taklimat akan diadakan. Tujuannya? Tujuanya adalah untuk memudahkan pergerakan pelajar baru dalam menempuh kehidupan sebagai mahasiswa supaya mereka tidak terpinga-pinga untuk berurusan dengan pihak pengurusan

Dalam MDS ini pelbagai slot dan aktiviti yang telah disediakan dan di rancang oleh Pemimpin Mahasisa / Pembantu Mahasiswa a.k.a PM. Segala slot atau program mempunyai pengisiannya yang tersendir dan ia amat membantu buat pelajar baru.

Sebut sahaja mengenai PM dan MDS saya tertarik ingin berkongsi pengalaman saya. Tamat sahaja SPM dan dapat sahaja keputusan saya memohon IPTA melalui UPU, pada masa itu sahabat-sahabat saya semuanya berlumba ingin memasuki IPTA lain, tetapi hati saya hanya memilih UiTM makanya dalam permohonan UPU pilihan pertama saya adalah UiTM,yang kedua pun UiTM. Tapi permohonan saya tidak berjaya dan saya rasa amat kecewa dan sedih kerana pada masa itu semua sahabat saya telah melanjutkan pelajaran dan hanya saya seorang sahaja.

3 bulan selepas itu saya dapat tahu UiTM membuat second intake tanpa buang masa saya memohon semula dan Alhamdulillah saya di terima sebagai Pelajar UiTM dan hati saya sangat gembira dan sangat bersyukur akhirnya saya dapat menjadi mahasiswa UiTM.

2007 saya masuk ke UiTM dan saya menjalani Minggu Mesra Siswa ( MMS ) sekarang ini dikenali MDS. Saya mengikuti segala program yang dijalankan. Dalam saya mengikuti MMS secara jujurnya hati saya berasakan bagai ada yang tidak kena, Saya memang tidak suka langsung dengan MMS ini, Saya merasakan ia membosankan dan membuang masa

Saya rasa sangat tidak selesa kerana pada masa itu saya fikir saya sudah cukup dewasa untuk menguruskan diri saya sendiri dan saya rasa saya mampu menjalani kehidupan sebagai mahasiswa tanpa melalui MMS dan saya tidak perlu untuk mengenali fasilitator dan mengikuti program atau aktiviti yang mereka jalankan. 

Tetapi tamat sahaja MMS baru saya sedar bahawasanya MMS / MDS ini adalah satu program yang sangat penting. Kerana MMS lah saya mampu mengenal UiTM, kerana MMS lah saya dapat bertemu dengan banyak kawan-kawan dari pelbagai negeri. Kerana MMS lah saya mampu berurusan dengan pihak pengurusan. Dan saya sedar sebenarnya tanpa MMS lah yang akan membuatkan saya terpinga-pinga untuk berurusan dan menjalankan sebagai mahasiswa , saya orang melaka dan pertama kali sampai ke Shah Alam dan pertama kali jauh daripada keluarga maka MMS inilah yang memberi dorongan dan motivasi diri kepada saya dalam menjalani kehidupan kampus sebagai mahasiswa.

Bicara sahaja mengenai  Pemimpin Mahasisa / Pembantu Mahasiswa a.k.a PM sudah pasti akan ada pelajar baru yang sukakan mereka dan tidak kurang juga yang membencikan mereka. Apa yang pastinya disini ialah pelbagai pujian dan tomahan yang akan diterima oleh PM. 

Disini saya ingin memberitahu berdasarkan pengalaman saya sahaja, dahulunya masa menjalani MMS saya pun tidak suka pada PM akan tetapi bila saya cuba menjadi PM dan menjalankan tugas sebagai PM, alangkah terkejutnya saya kerana untuk menjalankan tugasan sebagai seorang PM bukannya mudah seperti yang digembar gemburkan.

Sebenarnya tidak mudah, hanya insan atau mahasiswa yang mempunyai rohani dan jasmani yang kuat sahaja yang mampu menjadi PM. Mengapa? Kerana seorang PM dia harus mempunyai disiplin yang kuat, kesabaran yang tinggi dan yang paling penting adalah keikhlasan  yang sangat hebat bukan itu sahaja mereka juga perlu ada pengorbanan yang infiniti dalam diri mereka.

Mengapa saya menyatakan demikian? ini adalah kerana sebagai seorang PM mereka mengorbankan cuti semester mereka untuk menjalani kursus KPMDS. Bila kita lihat mahasiswa yang lain bila cuti semesetr mereka sangat gembira dan merka tidak mahu cuti semester mereka diambil dan mereka mahu bercuti sampai habis cuti semester, lain pula bagi mahasiswa yang memohon menjadi PM, apabila mereka di terima mereka harus mengorbankan 2 minggu cuti mereka untuk KPMDS dan MDS. 

Inilah adalah satu pengorbanan yang besar buat mereka, dalam KPMDS mereka merancang dan menrencana program dan aktiviti untuk pelajar-pelajar baru, mereka melakukan persediaan yang sebaik mungkin demi menyambut pelajar baru, dan mereka memastikan agar pergerakan dan pendaftaran pelajar baru ini berjalan dengan lancar dan memudahkan pelajar baru.

Tiba sahaja waktu MDS mereka menjalankan tugas dengan penuh kesabaran kerana di hari pendaftran pelbagai ragam yang harus mereka tempuhi,sewaktu saya bertugas sebagai PM di UiTM Kampus Puncak Alam ada sahabat saya di marahi oleh ibubapa pelajar baru atas kesabaran yang tinggi dia hanya mampu tersenyum dan memohon maaf walaupun itu bukannya salah dia akan tetapi demi menjaga nama baik UiTM dan mahasiswa UiTM dia menguatkan kesabaranya dan dia menyelesaikan masalah tersebut dengan baik tanpa berlakunya pertengkaran. 

Dalam menjalankan MDS juga akan ada pelajar-pelajar baru buat pelbagai karenah dan ini semua menguji kesabaran PM akan tetapi kerana kesabaran yang tinggi setiap PM mampu mengatasi karenah pelajar ini. Bayangkan sekiranya tiada kesabaran di kalangan PM, sudah pasti mereka akan bergaduh dengan pelajar baru atau meninggalkan MDS kerana tidak tahan dengan sikap pelajar-pelajar baru ini. Akan tetapi kerana kesabaran inilah mereka masihn mampu bertahan dengan setiap karenah sehingga tamat MDS.

Dalam MDS, telah ditetapkan pelbagai aturcara program dan setiap hari pelajar-pelajar ini akan bangun jam 5.00 pagi,sekirnyan pelajar baru bangun pukul 5.00 pagi, agak-agak anda pukul berapa PM akan bangun ? pukul 5.00 pagi? sama sekali tidak, mereka akan bangun pukul 4.00 pagi untuk persediaan seterusnya dan memastika semua pelajar baru ini bangun pada masa yang di tetapkan. Disiplin inilah yang diperlukan untuk menjdi PM. 

Mereka menjalankan kerja ini dengan penuh ikhlas dengan niat untuk membantu UiTM. Ya! mereka memang diberi elaun sebanyak RM150.00, akan tetapi mereka melakukan semua ini bukan kerana duit tapi mereka melakukan ini kerana UiTM dan untuk memudahkan pengurusan pelajar-pelajar baru. Jika mereka tidak ikhlas sudah tentu mereka tidak akan menyertai PM kerana dengan bayaran sebegitu mereka boleh dapatkan dalam masa 1 hari sahaja.

Para PM ini menyekang mata dan memerah segala kudrat mereka semata-mata untuk membantu pelajar baru dan UiTM. Oleh itu pelajar-pelajar baru seharusnya menghormati mereka bukan mengkeji mereka. PM tidak minta di hargai akan tetapi kita ini adalah insan yang terpelajar apabila orang buat baik pada kita secara tidak langsung kita akan menghargai mereka bukan? Begitu juga dalam situasi ini.

Nasihat saya kepada Pemimpin Mahasisa / Pembantu Mahasiswa a.k.a PM sudah tiba masanya untuk mengubah modul yang sedia ada, kerana pemikiran remaja zaman sekrang sudah berubah dan modul yang dijalankan sewajarnya lebih matang dari sebelumnya. Ini sekadar pandangan saya. Saya percaya anda telah buat yang terbaik dalam menjayakan MDS.

Kepada adik-adik yang berjaya masuk ke UiTM, bersyukurlah dan tidak perlu kita mengutuk atau mengkeji tempat kita menimba ilmu , sekiranya tidak berpuas hati ,jangan jadi keyboard worrior, berhadapan dengan pihak pengurusan dan bincang elok-elok. Jika anda lakukan seperti ini barulah anda ini mahasiswa minda kelas pertama. Hebat bukan? banyak saluran betul yang anda boleh buat aduan. 

Saya percaya selepas menjalani MDS, pelajar-pelajar baru akan merindukannya dan akan menjadi satu cerita atau bualan antara mereka dengan Ibubapa,keluarga,adik beradik, anak-anak meraka dan mungkin cucu-cucu mereka. Begitu hebatnya kenangan manis dalam MDS.

Apa yang saya perkatakan ini adalah pandangan dan perkongsian pengalaman saya, saya pernah menjadi pelajar baru dan menjalani MMS @ MDS dan saya pernah menjadi PM. Kesemua ini membuat saya lebih menghargai dan menghormati dan semua ini banyak memberi pengajaran kepada diri saya. Di harapkan perkongsian ini bermanfaat. Sekirannya ada salah dan silap saya minta maaf.

Dengan adanya UiTM orang yang kurang berkemampuan pun boleh masuk ke Universiti dan mendapatkan segulung Ijazah, kerana UiTM benar-benar membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk belajar.  

" Sujud syukurku apabila aku menerima tawaran belajar ke UiTM .. Alhamadulillah "

UiTM DI HatiKu

Wasalam

Aku Budak Kampung


1 ulasan:

  1. Saya nak tanya, 2nd intake uitm tu kebiasaanya ada course apa? Course dari fakulti sains gunaan ada tak?

    BalasPadam