Isnin, 24 Ogos 2015

Tips Belajar.




Seperti biasa, musim peperiksaan akan tiba . Sama ada anda atau anak anda di sekolah rendah, menengah, pra-u atau di universiti, kita semua tidak boleh lari dari peperiksaan. Banyak perkara perlu diingati. Tapi jangan risau. Saya ada beberapa nasihat kepada anda. Di sini saya gariskan 15 tips belajar berkesan yang anda semua boleh praktikkan.


1. Baca ketika anda rasa mengantuk

Mungkin anda terasa pelik dengan nasihat ini.

Cuba baca buku beberapa minit sebelum anda tidur. Ini kerana semasa tidur, otak kita akan memperkukuhkan ingatan baru. Jadi anda mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mengingati apa yang anda baca sebelum anda tidur tadi. (Sebagai peringatan, jangan membuat kerja-kerja yang berat semasa hendak tidur, kerana ini boleh menyebabkan anda sukar untuk tidur). Belajar selepas anda bangun tidur di waktu pagi juga membantu ingatan anda kerana masih banyak lagi ruang di dalam otak kita untuk diisi dengan maklumat baru.


2. Jarakkan masa belajar

Terdapat satu teknik belajar dipanggil ‘spaced repetition‘ yang pernah di terangkan di dalam majalah Harvard Magazine. Dalam teknik ini, anda perlu memecahkan maklumat kepada beberapa kelompok kecil dan membuat ulangkaji dengan kerap terhadap kelompok kecil ini. Sebagai contoh, jangan menghafal keseluruhan jadual berkala dalam satu hari. Sebaliknya, cuba hafal satu bari setiap hari dan lakukan ulangkaji baris tersebut sebelum menghafal baris yang baru.


3. Bercerita

Tukarkan maklumat yang perlu diingat kepada satu cerita yang luar biasa kerana cerita lebih mudah untuk diingati berbanding maklumat yang tidak mempunyai makna. Sebagai contoh buat satu cerita untuk anda menghafal formula di dalam matematik.


4. Belajar di tempat yang berlainan.

study dalam libraryAda kajian menunjukkan anda akan kurang cenderung untuk lupa jika belajar perkara yang sama di tempat yang berbeza-beza. Ini kerana, setiap kali anda bergeran (dari kelas ke perpustakaan, atau dari bilik tidur ke taman permainan), kita akan memaksa otak kita untuk membentuk kaitan yang baru dengan material yang sama. Ini akan menguatkan lagi memori tersebut.


5. Buat kuiz

Latihlah diri anda dengan membuat soalan-soalan ramalan ataupun percubaan. Ini dapat melatih diri untuk menjawab soalan seperti di dalam peperiksaan sebenar. Lagi susah soalan yang anda buat, lagi mudah untuk anda mengingatinya di masa akan datang.


6. Tulis atas kertas

Kajian menunjukkan kita semua akan menyimpan maklumat dengan lebih lama jika kita menulisnya berbanding dengan jika kita menaip atau sekadar membaca sahaja. Jadi, amalkan untuk membuat nota berkaitan pelajaran yang anda pelajari di sekolah atau di kuliah.


7. Baca dengan kuat

Membaca sesuatu dengan kuat bermakna anda akan mengingat dengan dua cara: melihat dan mendengar. Jika anda sentiasa lupa selepas membaca, cuba kali ini anda membaca sehingga anda boleh dengar apa yang dibaca.


8. Berkumpul bersama-sama

study groupTidak semua orang sesuai dengan belajar berkumpulan. Tetapi jika anda dapat faedah daripada bekerja bersama-sama, belajar berkumpulan adalah cara yang terbaik. Pilih beberapa orang kawan yang rajin untuk berkumpul bersama-sama dan mengulang kaji pelajaran. Lantiklah seorang ketua untuk membahagikan tugas dalam kumpulan dan memastikan setiap ahli kumpulan mencapai matlamat.


9. Beri ganjaran

Sentiasa memberi ganjaran kepada diri sendiri jika anda berjaya mencapai sesuatu matlamat. Teknik ini dapat membantu untuk memberi fokus ke atas tugas yang perlu diselesaikan.


10. Berehat yang mencukupi

Mengambil rehat yang mencukupi dapat meningkatkan produktiviti  dan fokus ke atas tugas yang dilakukan. Berhenti sebentar jika anda kerap melihat skrin komputer.


11. Bersenam

aerobikJika anda bersenam, anda dapat merperkuatkan badan serta minda dengan serentak. Kajian mendapati, anda boleh mempertingkatkan kelajuan memproses otak dan pelbagai kebolehan kognitif lain dengan hanya setengah jam senaman aerobik.


12. Mendengar aluanan muzik

Ramai yang mendengar lagu ketika belajar kerana alunan muzik dapat membantu mengurangkan stress. Setiap orang mempunyai minat pada lagu yang berbeza. Namun begitu, muzik klasikal khususnya telah terbukti dapat mengurangkan stress dan ketegangan.


13. Tidur dengan cukup

Ramai yang mengambil langkah untuk berjaga malam jika terdapat terlalu banyak material yang perlu di baca dan di ulangkaji. Tetapi, anda tidak semestinya akan dapat A jika anda tidak malah. Malah ada kaitan rapat antara kekurangan dalam kemahiran berfikir dan sensitif terhadap stress dengan tidur yang tidak mencukupi. Cuba dapatkan masa tidur antara tujuh hingga sembilan jam pada hari-hari sebelum peperiksaan besar supaya usaha anda selama ini tidak menjadi sia-sia.


14. Ambil Omega

omegaAsid lemak Omega-3 yang boleh jumpai dalam sesetengah jenis ikan dan kekacang dapat meningkatkan keupayaan berfikir anda. Satu kajian mendapati mengambil kombinasi Omega-3 dan Omega-6 dapat mengurangkan kebimbangan ketika peperiksaan.


15.  Yang paling penting, buat apa yang selesa untuk anda

Sesetengah orang suka belajar pada waktu subuh. Sesetengah orang suka belajar pada waktu tengah malam. Sesetengah orang suka belajar berkumpulan manakala yang lain suka belajar bersendirian dan tidak mahu dikacau. Eksperimen untuk mencari apa yang efektif untuk anda, dan kekalkannya.



Sumber Ihsan : http://www.sayarasa.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan